Terkini, Tengku Zafrul Umum Tarikh Pembayaran BPN 2.0. Semak Bila Duit Akan Mula Masuk Akaun


” Bagi mereka yang tiada akaun bank atau yang gagal kredit, penunaian boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) seawal 25 Januari ini,”

Demikian pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua untuk kategori M40.

Tengku Zafrul berkata akan dibuat pada 25 Januari ini dan bayaran berkenaan adalah meliputi mereka yang telah lulus rayuan.

Belia berkata demikian dalam Laporan Laksana ke-37 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), hari ini.

Menurutnya, bayaran untuk penerima B40 sudah mula dibuat mulai hari ini.

” Secara keseluruhannya, fasa kedua BPN 2.0 akan meletakkan RM2.38 bilion ke dalam tangan lebih 11.06 juta penerima, merangkumi 5.82 juta penerima individu bujang serta 5.24 juta penerima isi rumah,” katanya.

Dalam pada itu, bagi bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, Menteri Kewangan berkata, semakan permohonan baharu dan rayuan sedang melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.

GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak Covid-19.

Di samping itu, bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Disember lalu, Zafrul Tengku berkata, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

” Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

” Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu,” katanya dalam Laporan Laksana ke-31 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, pada Disember lalu.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM7 bilion untuk meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara one-off.

Sementara itu, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak

status permohonan sejak 27 November lalu, manakala pembayaran sudah dibuat sejak 30 November 2020.

Sumber:hmetr0