Pelvk Islam Ketika Remaja, Artis Barat Mualaf Berjaya Tulis 30 Juzuk Al-Quran

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa ramai sebenarnya artis barat yang beragama Islam. Ada antara mereka memilih memeluk Islam sejak diusia muda lagi kerana mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.
Jae Deen atau nama sebenarnya Joshua Asare telah  memelvk Islam ketika berusia 15 tahun lagi. Hidayah diterima ketika itu apabila seorang sahabatnya telah memperdengarkan surah Maryam kepadanya.

Tulis ayat al-Quran sambil membaca

Sejak dari itu, Jae Deen mulai mendalami Islam disamping memperlajari al-Quran. Dia juga mengambil inisiatif dengan membaca dan menulis kembali 30 juzuk kitab suci itu bagi memahami 114 surah yang ada didalam kalam Allah.
Perkara tersebut mengambil masa kira-kira 6 bulan dan berkat kegigihannya, dia berjaya melakukan itu semua dengan senang hati.

Ada lagu2 ketuhanan

Oleh sebab itu, Jae Deen telah mengeluarkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan dalam genre rap dan berjaya menambat hati pendengar terutamanya di YouTube.

Jadi inspirasi kepada semua Muslim

Menerusi perkongsian yang sangat menarik daripada selebriti barat berkaitan perkembangannya dalam Islam selepas bergelar Muslim, ia sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada umum berkaitan kesungguhannya meneroka al-Quran dengan lebih mendalam.
Mengambil kesusasteraan Arab sebagai subjek utama semasa dikolej menjadikan penyanyi itu lebih bersemangat merealisasikan impiannya menulis dan membaca al-Quran dengan lancar dan memahami setiap butiran didalamnya.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @AKU OKAY
Sumber : Jae Deen