Majikan Selamba Tak Bayar Pekerja Guna Duit Subsidi Diberi Kerajaan. Tengku Zafrul Mula Bersuara
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang tidak menyampaikan subsidi upah yang dipohon kepada pekerja masing-masing.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, majikan tidak sepatutnya mengambil kesempatan dan menganiaya pekerja mereka.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan sedemikian dan tindakan lanjut sedang diambil.
” Ini adalah pelanggaran syarat-syarat dan saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan ini.
” Saya berharap bantuan rangsangan ekonomi ini tidak disalah guna dan majikan lebih bertanggungjawab.
” Jangan ambil kesempatan dan jangan menganiaya pekerja anda” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam siaran langsung di laman Facebooknya pada Selasa.
Jelas beliau setakat 19 Jun lalu, sebanyak RM4.89 bilion Program Subsidi Upah telah diluluskan yang memanfaatkan lebih 2.40 juta pekerja.
Katanya, majikan sudah boleh membuat permohonan untuk program Subsidi Upah yang telah ditambah baik mulai 15 Jun lalu.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebanyak 34,246 permohonan diterima membabitkan Program Bantuan Majikan COVlD-19 (e-CAP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVlD-19.
Daripada jumlah tersebut, Tengku Zafrul berkata sebanyak 8,489 permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM56.8 juta bagi caruman KWSP majikan, setakat 19 Jun.
” Ini adalah peningkatan daripada RM47.9 juta minggu lalu.
” Bagaimanapun, dengan pembukaan ekonomi secara berperingkat sejak 4 Mei 2020, jumlah ini dijangka akan berkurangan pada bulan-bulan akan datang.
Kerajaan akan ambil tindakan
” Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Facebook, hari ini.
Program Subsidi Upah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Tujuan PSU ialah membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVlD-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
Mengenai program Subsidi Upah dan Subsidi Upah Ditambahbaik, Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM4.89 bilion telah diluluskan kepada 303,596 majikan untuk dimanfaatkan lebih 2.40 juta pekerja setakat 19 Jun lalu.
