Guru, anak maut kemalangan
Seorang wanita dan anaknya maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 8, Jalan Lubok Antu-Engkelili, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Nagie Ali, 39, yang juga seorang guru dan anak lelakinya, Kingston Bidok Philip, 4, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak perempuan Nagie, yang turut bersama ketika kejadian itu, Queenna Laie Philip, 9, cedera.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Lubok Antu menghala ke Engkelili.
Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta jenis PERODUA MyVi itu tiba-tiba terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terlanggar pokok kelapa sawit.
“Akibat kemalangan itu, kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian kiri menyebabkan pemandu dan seorang penumpangnya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera ringan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Alexson berkata, kereta terbabit turut ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi mengenal pasti punca kejadian.